a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Wednesday, 1 July 2015

Perkara Yang Perlu DIlakukan Semasa Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera awak semua !!
Cikdewi minta maaf sebab dah lama sangat tak update info baru untuk awak semua ..

Pejam celik lagi dua minggu kita dah nak jumpa bula syawal. Terasa sekejap je kan kita berpuasa. Bermakna masa berlalu lebih cepat dari kita. Ya Allah, semoga kami dapat menjalanni ibadahMu pada bulan yang mulia ini.

Baiklah, cikdewi nak share sikit rahsia yang boleh kita lakukan pada bulan puasa ni. Rahsia ni bukan seperti sesuatu yang di sorokkan di dalam kain ye, tetapi ianya adalah perkara yang ramai tidak ambil prihatin. Semoga kita sama-sama dapat melakukannya.


Sahur.
Tidur lah lebih awal sedikit untuk memudahkan kita bangun sahur. Kalau takut tak sempat nak masak, masa selepas berbuka tu masak lah sedikit cuma nabi kata jangan letak garam dahulu, esok pagi masa nak sahur tu barulah letak garam. Jangan makan terlalu berat, kita selalu di ajar untuk makan berat supaya tidak merasa lapar semasa berpuasa. Tapi, tahukah awak semua bila kita mengambil makanan yang berat, badan kita akan bekerja dengan lebih untuk menghadam makanan yang kita makan tu. Segala enzim dan juga organ-organ akan bekerja dengan lebih dan akan menyebabkan perut kita berbunyi seawal jam 10 pagi. Ambillah makanan yang lebih ringan, seperti susu, bijirin, kurma yang memang mengandungi serat yang tinggi. Makanan seperti ini nampak macam tak cukup je kan, tapi ianya tidak menggunakan tenaga kita untuk menghadam makanan semata-mata kerana sahur ini adalah untuk mendapatkan keberkatan di dalamya. Cubalah, awak semua mesti akan rasa perbezaannya.


Mandi.
Bulan ramadhan sinonim dengan cuaca yang sangat panas dan terik. Masa tu lah, tekak terasa kering dan badan cepat letih dek kerana terlalu panas dan beban kerja di tempat kerja. Tapi awak semua tahu tak, mandi semasa berpuasa tidak makruh, justeru air membantu mengecas semula tenaga di dalam badan kita. Ia akan mengembalikan kesegaran pada badan kita dan insha Allah kita tidak akan merasa letih selepas mandi. Cuma yang jadi makruh bila kita mandi terlalu kerap. Itu memang dah jadi makruh lah kan kalau fikir ikut logiknya. hihi


Berbuka.
Kalau pergi ke bazar ramadhan, pelbagai jenis makanan yang ada kan. Yang bergoreng, yang western, yang berat, bernasi dan sebagainya. Tapi tahu tak, makanan yang bergoreng tidak bagus di ambil semasa perut kosong. Oleh itu, mulakan berbuka dengan kurma atau pun air dahulu. Kalau ada buah-buahan lagi bagus kan. Kurma mempunyai serat yang sangat tinggi dan membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik. Dan digalakkan agar tidak makan berlebihan sehingga susah pula nak solat nanti. Cukup lah satu hidangan untuk berbuka. Lepas tu, pergi solat.

3 tips yang nampak simple, tetapi ada yang tidak ambil kisah pasal benda ni dan ada juga yang tidak memahaminya. Untuk elakkan kita kekurangan air semasa berpuasa, miumalah air yang banyak semasa malam selepas berbuka atau pun semasa sahur. Takut dehydrated pula kan. Kita berpuasa untuk sihat bukan menyiksakan ok.

Hope entry kali ni dapat membatu ye.
Salam ramadhan.

No comments:

Post a Comment