a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 10 July 2015

Antara Makanan Terbaik Untuk Wanita

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Salam ramadhan semua !
Maaf sebab terlalu lama blog ni tak di update ..
Macam mana pun hari ni cikdewi nak kongsikan satu info yang berguna untuk awak semua ..

Berikut adalah jenis makanan yang terbaik untuk menjaga kesihatan wanita.



1. Oatmeal.
Mengandungi serat yang mudah larut merupakan makanan diet yang mempunyai rendah lemak, serta rendah kolesterol di mana membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Berries.
Dengan mengambil segenggam berries, tak kisahlah apa jenis berries pun, setiap pagi bagus untuk sistem penghadaman kerana mereka mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, kaya dengan antioksidan. Contoh hidangan yang awak boleh ikut seperti campurkan blueberries di dalam satu hidangan oatmeal. Blueberries hanya mengandungi 80 kalori untuk secawan hidagan, mereka ni mempunyai nutrisi yang bagus untuk kebaikan otak, mata dan jantung.



3. Ikan.
Lemak ikan adalah sumber makanan yang terbaik kerana mengandungi omega-3 fatty acids dan juga Vitamin D, di mana wanita kurang mengambilnya (untuk kekuatan tulang). Awak boleh mengambil satu hidangan ikan salmon yang di salai atau di masak mengikut kesukaan awak ye yang penting sihat !



4. Flaxseed
Tak suka makanan laut ? Jangan risau, flaxseed juga mengandungi kaya omega-3, mereka juga tinggi serat. Campurkan saja dalam oatmeal. Greek yogurt ataupun smoothies bagi menambah rasa dan juga kebaikannya.



5. Quinoa.
Mengandungi 9 jenis amino acids di mana membantu untuk kekuatan tulang, mempunyai mineral seperti copper, phosphorus, iron dan juga magnesium.



6. Greek yogurt.
Mempunyai 2 kali tinggi protein dari yogurt biasa. Untuk versi Greek yogurt ni, ia membantu awak untuk melawan rasa lapar. Seperti yogurt biasa, ia juga mempunyai bakteria prebiotic yang turut membantu immune dalam sistem penghadaman.

"Plain, fat-free Greek yogurt is a great substitute for sour cream in dips, dressing and sauces." Enke says.


7. Kekacang.
Sekurang-kurangnya sediakan satu pack of almond pun sudah ok. Ia mengandungi tinggi serat dan juga protein yang bagus dan juga vitamin E (bagus untuk kesihatan jantung). Tak pelik kenapa orang Israel suka makan almond ni. Selain ianya juga makanan sunnah.

8. Sayur hijau.
Mereka tinggi kalsium, serat, acid folic, dan juga anti oksidan. Seperti vitamin C,di mana ia membantu dalam meningkat kompleks kesihatan.
Plus, sayur-sayuran sememangnya bagus untuk kesihatan kita dari dalam. So, mostly people take an advantage untuk makan sayur untuk diet dan jadi lebih sihat.

Apa yang cikdewi boleh cakap kat sini, makanan yang sihat dapat membantu kita untuk jadi lebih sihat dan boleh mengurangkan kadar penyakit merbahaya seperti pennyakit jantung. Jadilah golongan yang lebih sihat dan aktif, awak tak rugi apa pun jaga kesihatan ni. Untuk kebaikan sendiri juga.

Apa yang cikdewi share ni bukanlah untuk diri cikdewi sendiri, cikdewi harap dapat dikongsikan kepada kawan-kawan kat luar yang kenal cikdewi atau tidak. Yang penting kita semua sihat ok !

No comments:

Post a Comment