Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Apa khabar ? Cikdewi harap semuanya sihat sentiasa..
Insha Allah.
Now, cikdewi akan aktif semula untuk mengupdate segala tips-tips dan senaman-senaman yang mudah untuk dilakukan dan yang penting kita semua sihat dan cantik ok?
Dan hari ini cikdewi nak berkongsi sedikit tentang beberapa senaman yang boleh dilakukan semasa awak semua sedang duduk dan bekerja.
What? Boleh ke?
Cikdewi rasa awak semua mesti terfikir macam mana tu kan ?
Tak mengapa, jum baca sampai habis.
Clenches
Atau lebih tepat cikdewi cakap ketatkan punggung, ataupun kemutkan punggung. Ketatkan punggung awak dalam 10 saat dan ulang 5-8 set. Senaman begini, sesiapa pun tidak dapat melihat apa yang awak sedang lakukan, even supervisor pun tak dapat tahu apa yang awak cuba sorokkan dari mereka. Senaman ini adalah untuk kekuatan otot pada bahagian punggung dan kaki supaya tidak merasa sengal-sengal akibat duduk terlalu lama.hihi
Ankle rotation.
Pusingkan pergelangan kaki ke arah luar dan dalam selama 5 saat. Lakukan senaman dan ulang sebanyak 5 set dengan 8 repetition untuk setiap arah. Senaman ini adalah untuk fleksibiliti dan kekuatan otot pada bahagian pergelangan kaki, malah membantu dalam mengurangkan risiko terseliuh.
Regangan tangan.
Tidak semestinya bila bekerja dalam keadaan duduk tiada senaman tangan yang boleh dilakukan. Banyak senaman untuk lengan boleh dilakukan. Lakukan senama regangan tangan dengan menyilangkan tangan kanan ke arah bahu kiri rasakan regangan itu dan tahan selama 15 saat. Lakukan perkara yang sama untuk tangan kiri.
Senaman untuk toning otot betis.
Lakukan senaman untuk kekuatan otot betis dengan hanya lakukan senaman tip toeing walaupun semasa awak duduk. Awak akan rasakan otot betis terasa panas dalam beberapa saat. Tahan dalam 10 saat dan ulang sebanyak 8 kali.
Pusingkan pinggang ke kiri dan kanan.
Kuatkan otot pinggang awak dengan memusingkan badan ke kiri dengan sejauh mana yang mampu semasa duduk. Tahan dalam 10 saat dan balas dengan memusingkan badan ke kanan. Lakukan sebanyak 5 set. Pegang bahagian belakang kerusi semasa lakukan senaman ini untuk sokongan yang baik.
Crunches.
Macam pelik je nak lakukan crunches kat atas kerusi ?
Duduk di hujung kerusi, dan bersandar ke kerusi. Kemudian angkat sedikit kaki dari lantai dan luruskan, dan angkat badan awak juga dari bersandar. Cuba tahan selama 10 saat dan rasakan otot perut sedang berkontraksi. Ulang sebanyak 8 kali dengan menahan selama 10 saat, ia akan membantu menguatkan otot perut awak secara langsung membantu untuk kempiskan perut juga.
Leg lifts.
Lakukan dengan posisi asal kaki berada di atas lantai, kemudian mulakan dengan meluruskan kaki kanan sehingga menjejak bawah meja awak, tahan selama 10 saat sebelum lakukan untuk kaki kiri pula. Ulang sebanyak 8-10 kali mampu menguatkan otot peha.
Macam mana awak semua? Agak extreme tapi seronok di lakukan kan ?
Semestinya ! Tiada halangan untuk lakukan senaman melainkan diri awak sendiri ok ?
Jadi, kat sini cikdewi nak ajak awak semua untuk jadi lebih sihat, lebih aktif dan lebih cantik dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan kekal aktif !
No comments:
Post a Comment