a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 26 July 2015

Tips Jaga Diet di Rumah Terbuka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari raya cikdewi ucapkan kepada awak-awak semua.
Terima kasih kepada yang masih sudi membaca dan melawat blog cikdewi yang sangat lah simple ni. Cikdewi hargai sangat ok.

Jadi, kemana saja awak-awak semua hari raya ni ?
Dah puas menyantap makanan yang sedap-sedap selepas sebulan berpuasa ?
For sure ada antara kita-kita yang masih lagi rindu nak ketupat, rendang, lemang dan sebagainya kan?
Perlu diingat ye, setiap makanan tu mengandungi kalori masing-masing. Awak semua nak makan banyak ? Boleh. Cikdewi tak cakap pun tak boleh. Tapi, pastikan awak semua membalas balik budi baik encik perut kerana telah menerima makanan yang sangat banyak dan dia pun dah hampir nak ke depan. 
Come on, jangan lupa untuk lakukan work out awak-awak semua ye. Jangan lupa juga untuk mengambil minuman seperti teh hijau untuk meneutralkan semula apa yang awak dah makan.
Macam yang cikdewi pernah share dalam entri-entri sebelum ni, kebaikan teh hjau untuk menjaga perut kita serta meneutralkan perut jika di ambil selepas makan.


Cikdewi yakin sangat, awak-awak semua mesti dah berjaya menurunkan beberapa kilo semasa bulan puasa kan ?
Begitu juga cikdewi. Sebelum puasa, berat cikdewi 55kg, semasa bulan puasa, berat cikdewi turun 2kg yang buat cikdewi rasa lemau pulak. Sebabnya, cikdewi tak workout bulan puasa ni sebab takut muscle mass turun dan badan jadi lembik. Namun, macam mana pun, kerja cikdewi seharian pun dah macam workout juga. Sebab apa? 
Kerja kami sebagai fisioterapi setiap hari kena gerakkan kaki dan tangan pesakit, sama macam angkat weight dekat gym dah. hihihihi
Jadi, secara tak langsung dah ter'workout' pulak.

beraya bersama mereka.

Cuma sekarang adalah timing untuk cikdewi kekalkan fitness cikdewi pula, dah kena start jogging slow-slow dan stay active macam sebelum ni.


Perkara yang paling penting yang macam cikdewi selalu sangat bagitahu dalam entri sebelum ni, kena banyak kan minum air masak atau air kosong (plain water). Sebab apa, kalau kita ambil air masak sebelum makanan juadah hari raya, kita pun tak akan ambil makanan yang banyak, sebab apa sebab akan rasa cepat kenyang. Di samping itu, dapat mengurangkan pengambilan air yang manis.

Kalau pergi rumah terbuka (open house), juadah yang ada sudah semestinya bukan hanya satu jenis, tapi bermacam pilihan yang ada, dalam hati semestinya rasa nak makan semua !
Cikdewi cadangkan ambil buah dahulu, makan buah dahulu lepas tu baru pergi ambil makanan yang berat.


Nak pilih makanan yang ada pula, ambillah dengan kuantiti yang kecil. Satu, sebab takut nanti tak habis, membazir pula. Kedua, supaya awak boleh meikmati hidangan yang lain juga. Makesure, kawal kalori yang awak semua ambil ye. 

Akhiri, dengan air masak semula. Tak salah kalau nak minum minuman yang manis, boleh je. Cuma kalau boleh selepas itu, minum lah air kosong sebab apa, ia akan buat awak semua tidak cepat haus.

Agak-agak boleh cuba tips cikdewi ni ? Harap ianya dapat membantu ye.
Raya, raya juga. Senaman jangan lupa ye.
Kekal sihat dan cantik selalu, ok !
Kalau cikdewi boleh buat, awak mesti lagi boleh !

No comments:

Post a Comment