Assalamualaikum dan salam sejahtera awak-awak semua !!
Cikdewi harap semuanya sihat-sihat selalu ye.
Dalam beberapa hari ni, cikdewi sangat sibuk dengan latihan futsal untuk tournament Fisioterapi Malaysia yang akan di adakan di Pulau Pinang pada 15 Ogos ini. Sajalah nak share kat sini. hihihi
Macam mana sibuk pun cikdewi, cikdewi akan cuba untuk update info-info yang berguna untuk awak-awak semua ye!
Tahukah awak semua bahawa kegemukan ataupun obesity boleh menyebabkan masalah pada sendi. Hal ini, tidak terkecuali dengan sendi lutut, di mana ia adalah sendi yang menampung berat badan kita. Bagaimanapun, bukan hanya berat badan yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakkan pada sendi kita ye. Haa, lemak adalah salah satu tisu aktif di mana ia mereka dan melepaskan bahan kimia, dan hasilnya adalah keradangan.
Walaupun hanya mengurangkan 10% dari berat badan awak semua mampu membantu mengurangkan risiko masalah pada sendi lutut. Bagaimanapun, kegemukan adalah salah satu faktor yang terbesar yang menjadi penyebab kepada masalah osteoarthritis kerana ia akan mempercepatkan lagi penggeseran pada tulang rawan pada lutut kita.
Setiap pound berat yang bertambah adalah lebih kurang 4 pound tekanan pada sendi lutut. Jika seseorang adalah 10 pound lebih berat badan, mempunyai 40 pound tekanan pada lutut mereka, dan jika seseorang mempunyai 100 pound lebih berat badan maka, 400 pound tekanan pada sendi lutut mereka.
" So, if you think about all the steps you take in a day, you can see why it would lead to premature damage in weight-bearing joints " says Dr. Matteson
Jadi, disebabkan inilah mengapa mereka yang mempunyai masalah kegemukan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoarthritis. Sekali seseorang itu mempunyai masalah sendi, berat yang bertambah akan menyebabkan lebih banyak masalah ke atas sendi yang sudah bermasalah.
Kembali aktif.
Untuk mengekalkan otot, sendi dan tendon sentiasa sihat, kita harus menggerakkan tubuh badan kita. Senaman yang teratur mampu menguatkan sendi lutut dan otot pada bahagian peha serta memberi sokongan pada anggota badan bahagian bawah.
Senaman impak rendah adalah aktiviti paling sesuai untuk dilakukan kerana ianya tidak memberi tekanan kepada lutut.Sesiapa saja boleh berjalan, jangan berlari kerana ia akan memberi tekanan lagi pada sendi lutut. Awak-awak boleh lakukan aktiviti seperti berenang ataupun workout di dalam air, yoga, berbasikal, dan juga rowing. Sekiranya awak-awak semua tidak pasti senaman macam mana yang sesuai untuk awak-awak semua, boleh rujuk pada cikdewi ataupun fisioterapis yang berdekatan dengan awak ye.
Macam mana pun, senaman untuk mereka yang sakit lutut adalah yang paling mudah dan tidak memberi tekanan pada sendi lutut. Cikdewi harap entri kali ni dapat memberi info yang berguna untuk awak semua !
No comments:
Post a Comment