Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !
Apa khabar anda semua? Cikdewi harapkan yang baik-baik saja lah hendaknya. Ok, pada entri kali ni, cikdewi nak share sikit mengenai pengalaman cikdewi join vertical run atau vertical challenge pada 19 Mac hari tu. So far, feedbacknya memang lah positif dari side cikdewi, sebab belum pernah try lagi challenge yang macam ni kan. Tapi macam mana pun, persediaan untuk melalui hari yang mencabar ni juga penting sangat-sangat untuk elakkan sebarang kecederaan atau kebarangkalian yang bakal berlaku.
Apa yang cikdewi lakukan semasa proses training sebelum tibanya hari vertical challenge ni, cikdewi dan kak mai akan plan hari untuk training. Kami akan peruntukan lebih kurang sejam lebih hingga dua jam untuk training.
Mula-mula sekali, stretching dulu yelah takut cramp bila habis training nanti. Hihi
Next, kami akan jogging sama2. Maximum cikdewi akan lari sebanyak lima pusingan Taman Setia Tropika tu, cuma ada ketika tu, cikdewi ada sedikit injury kat kaki selepas naik gunung pulai tu.
Ok, selepas habis lari, kami akan ambil masa sedikit untuk teruskan latihan mendaki tangga yang ada kat taman tu.
Macam mana pun, percubaan pertama kami dapat achieve 600 anak tangga, dan sejak tu kami akan maintainkan 600 anak tangga setiap kali training. Ini adalah persediaan.
So, hari yang dinanti dah pun tiba. Kami sampai ngam-ngam masa orang tengah berzumba untuk warm up dan senaman regangan. Eh, lupa pulak nak cerita kami ambil bahagian dalam kategori public iaitu 2km larian, dengan 916 anak tangga.
Ok, selepas habis warm up tu kami diberi taklimat yang di mana kami akan berlari menaiki tangga di dalam sebuah bangunan pejabat tidak jauh dari tempat kami berkumpul. And then untuk kategori kitorang ni cuma lari 2km and lari 20 tingkat anak tangga je. Hihi
So far cikdewi dapat habiskan dalam masa 20minit hingga sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah.
Macam mana pun, cikdewi sangat teruja bila jumpa dengan orang-orang yang hebat dan lari memang laju gila! Haha
Apa-apa pun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau nak lakukan sesuatu mesti bersungguh!
So, sampai sini dulu story cikdewi ye .. Jumpa lagi !




No comments:
Post a Comment