a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 11 December 2016

TEAMi : Kelebihan Rosehip



Assalamualaikum dan salam sejahtera =)


Kali ni nak share sikit pasal ROSEHIP ..


APA ITU ROSEHIP
Merupakan buah dari tanaman bunga mawar / buah bunga mawar. Terhasil dari kelopak bunga mawar yang gugur. Dikenali Sebagai Raja segala Vitamin C ( Mempunyai kandungan VITAMIN C YANG TINGGI berbanding OREN iaitu terdiri daripada 80% lemak essential serta Vitamin A & B )


Baik untuk penurunan berat badan.

Teh ini mempunyai hanya 0. 7% daripada keperluan harian gula. Membantu mengurangkan kalori berlebihan. Juga menjadi antara pilihan yang baik untuk penghidap kencing manis.

Mempunyai sifat anti-radang. Kandungan askorbik, asid malic dan sitrik mampu memberikan kelegaan daripada kembung, kekejangan perut, ulser dan CYSTITIS ( SEJENIS KERADANGAN PADA SALURAN KENCING ).

Sedatif ringan dan sifat antidepressant membantu dalam melegakan keletihan dan tekanan juga menggalakkan tidur malam yang lena.


Mengurangkan kadar kolesterol

Kandungan yang tinggi pektin ( SEJENIS ZAT YANG TERDAPAT PADA DINDING @ KULIT TUMBUHAN TERUTAMANYA BUAH-BUAHAN ) membantu dalam menghapuskan lemak dan kolesterol sebelum diserap ke dalam darah. Oleh itu, selain daripada mengurangkan karbohidrat yang berlebihan, ia juga membantu dalam mengawal tekanan darah.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai obesiti menyaksikan pengurangan yang ketara dalam paras kolesterol dan tahap tekanan darah mereka dalam mengamalkan meminum air rebusan serbuk rosehip setiap hari selama enam minggu.


Anti kanser

Mengandungi antioksidan seperti polifenol, flavonoid, karotenoid, catechin dan leucoanthocyanin. Meminum rendaman rosehip juga dapat membantu memerangi radikal bebas dalam badan kita. Mengurangkan risiko kanser tertentu, terutamanya kanser prostat. Seperti rosehip, teh bunga raya juga mempunyai banyak sifat pencegahan anti kanser. Oleh itu, campuran kedua-dua tumbuhan ini mungkin memberi lebih keberkesanan dalam memerangi sel-sel malignan ( SEJENIS TUMOR ).


Melegakan sakit haid
Jumlah tinggi daripada zat besi yang hadir dalam teh bebas kafein ini membuatkan ia berkesan dalam memberi tenaga akibat kehilangan darah semasa kitaran haid. Pengambilan teh ini juga dapat membantu mengawal tahap hormon dan melegakan gejala pra-haid tertentu seperti sakit dan kekejangan perut.


Baik untuk rambut
Amalan mencuci rambut dengan teh rose hip akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan lembut teralun. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut untuk menaikkan lagi seri warna rambut agar terlihat kemerahan semula jadi.

HIGHLIGHT DAN ANTARA KELEBIHAN LAIN YANG TERDAPAT DALAM ROSEHIP 


MANFAAT PADA KULIT

- Mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi
- Merangsang penghasilan sel-sel kulit yang baru
- Memperbaiki parut dan luka
- Menjadikan kulit ANJAL & AWET MUDA
- Mencegah @ memperlambat KEDUTAN
- Mencantikkan tekstur kulit
- Menghilangkan bengkak pada mata
- Mengurangkan lingkaran gelap pada mata
- Melembab & mencantikkan kulit
- Merawat jerawat degil
- Mencerah pigmentasi
- Memutihkan kulit

MANFAAT PADA KESIHATAN 

# Merupakan booster kepada sistem imun yang hebat
# Supplemen tambahan dalam merawat demam, selesema dan sakit tekak
# Kandungan vitamin A yang tinggi mampu menajamkan penglihatan mata ( Mengurang rabun ). Sesuai untuk warga emas
# Menenangkan minda
# Mengatasi senggugut
# Melancarkan kitaran haid
# Baik untuk kestabilan hormon
# Melancarkan penghadaman
# Meningkatkan sistem metabolisma dan daya tahan Tubuh
# Melawan bakteria & virus bahaya.
# Baik untuk masalah buah pinggang.
# Baik untuk kesihatan jantung.
# Baik untuk masalah sembelit ringan.
# Baik untuk masalah rheumatiod athritis ( Mengatasi keradangan sendi )
# Mengandungi pelbagai anti-oksida yang tinggi seperti :
FLAVONOIDS
POLYPHENOLS
LEAUCOANTHOCYANINS
CATECHINS

Disebabkan ini, rose hips dianggap sebagai salah satu sumber cancer-preventive ( Alternatif lain pencegahan kanser ) yang amat baik untuk kesihatan.

So, hopefully entry kali ni dapat memberikan sesuatu untuk awak-awak yang masih tercari-cari bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit dan juga dalaman kita ..=)


rosehip, senggugut, kulit cantik, metabolisma, hormon, stabil, bakteria, kesihatan, semulajadi, penurunan berat badan, kurangkan kolesterol, anti kanser

No comments:

Post a Comment