Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersyukur kerana cikdewi masih lagi diberi peluang untuk menulis info-info ataupun topik-topik yang menarik mengenai kesihatan.
Apabila berbincang mengenai kesihatan, soal pemakanan adalah yang paling utama. Kenapa? Kerana ianya memaikan peranan yang lebih penting dan antara peratusan yang paling tinggi dalam proses penurunan berat badan.
Apa yang perlu dimakan ?
Yang penting awak semua harus tahu jenis makanan yang di ambil. Bagaimana ? Dengan mengetahui jumlah kalori. Tapi bukanlah awak semua harus kira setiap kali mahu makan, cuma hanya pilih makanan yang sihat sahaja.
Apakah makanan yang sihat ?
Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah lemak, kurang garam, kurang gula dan kurang minyak.
Ini adalah cara macam mana cikdewi memilih makanan.
Tahukah awak semua ??
1 gram protein = 4 kcl
1 gram carbo = 4 kcl
1 gram lemak = 9 kcl
1 gram madu = 3 kcl
Di atas ni adalah jumlah kalori makanan yang di ambil setiap 1 gram. Ketara di sini lemak adalah yang paling tinggi. Namun, untuk pengetahuan awak semua, lemak sebenarnya tidak berat. Kalau kita boleh timbang berat lemak itu, untuk dapatkan 1 gram ia memerlukan jumlah yang besar. Sebab itu, lemak itu senang ketara pada badan kita kerana ia adalah portion yang besar jika kita mengalami masalah kegemukan.
Sebenarnya, tiada istilah gemuk lemak atau gemuk air, memang betul, lapisan lemak berada dibawah lapisan otot, dan di bawah lapisan ini adanya air untuk sel badan kita. Sememangnya peratusan badan kita mengandungi air. Jadi, untuk membakar lemak, awak semua perlukan dua benda iaitu senaman dan juga pemakanan yang betul. Minum banyak air untuk flush semula badan kita dan ia mampu membantu untuk menjaga buah pinggang kita juga.
Jadi, macam mana nak kurangkan kegemukan ?
Tidur secukupnya. Tahukah awak semua, tidur 8jam mampu membakar kalori sebanyak 450kcl untuk mereka yang saiz sederhana.
Kurangkan pengambilan garam.
Kurangkan pengambilan gula, tetapi maniskan senyuman =)
Ambil banyak potassium, makanan berserat, dan juga pengambilan air.
Disyorkan pengambilan lemon dan juga green tea di mana mereka ni bagus untuk penghadaman.
Selain dari pemakanan, senaman tidak kurang pentingnya dalam proses penurunan berat badan. Bagaimana untuk memilih senaman yang sesuai ?
Awak semua boleh mulakan dengan senaman cardio. Contoh senaman cardio bukan hanya tertumpu pada berjoging atau berlari saja, awak semua kalau pergi ke gym, boleh lakukan senaman berbasikal ataupun rowing.
Selain dari itu, aktiviti berzumba, aerobic, dan juga berenang juga salah satu senaman cardio yang disyorkan.
Namun, walau apa pun senaman yang awak semua lakukan perlu di ingat. Awak tidak digalakkan untuk melakukan senaman yang terlalu kerap. Kenapa ? Kerana badan kita memerlukan rehat dan proses untuk membaik pulih. Tidak salah untuk bersenam kerana ia memang bagus untuk proses penurunan berat badan, tetapi beri peluang untuk badan berehat dan proses membaik pulih perlu untuk menstabilkan proses semulajadi di dalam badan. Kerana, jika terlalu kerap badan kita akan masuk kepada fasa plato (badan sudah tidak teransang dengan senaman yang dilakukan).
Apabila plato terjadi, badan kita akan statik dan berat tidak berganjak seperti sebelum ini, kita sangat excited bila berat dengan mudah turun dari nombor yang mengerikan. Badan kita sentiasa mahukan cabaran, apabila kita terlalu kerap melakukan workout dan rutin yang sama dengan kerap, lama kelamaan badan akan imune juga. Jadi, cara yang terbaik, selangkan hari atau pun sentiasa tukar rutin senaman awak ye.
Selain itu, sentiasa rajinkan diri awak semua untuk lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan juga berat badan untuk memantau kesihatan badan kita.
Cikdewi harap entri kali ini memberi info yang boleh diguna pakai pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment