a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 3 October 2015

Tips Kesihatan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini, cikdewi nak berkongsi tips dan info yang menarik dan mudah untuk awak semua ikut.


Tips kurangkan lemak :

Minum air sebelum makan, ramai antara kita suka minum air selepas makan, secara tidak langsung awak akan memenuhkan ruang untuk kalori yang awak tidak perlukan. 
Minum air sebelum makan akan membantu awak untuk merasa cepat kenyang dan juga membantu sistem penghadaman.


Makanan yang boleh membantu mengurang lemak :

TOMATO
Tomato adalah antara makanan yang bagus di makan untuk tujuan menurunkan berat badan. Selain mempunyai kalori yang rendah, mereka juga kaya dengan serat di mana membantu awak semua untuk rasa kenyang pada tempoh masa yang agak panjang.


Senaman yang boleh dilakukan :

Hanging Leg Raise.
Jika awak rajin ke gym atau ke taman rekreasi, cari lah chin up bar, caranya mudah saja.
Gantungkan atau gayutkan diri awak pada bar. Pastikan kedua belah tangan lurus dan jarakkan tangan sedikit antara kanan dan kiri. Ini adalah posisi permulaan.
Angkatkan kaki pada keadaan yang lurus, sehingga badan awak membentu pada 90 darjah. Kemudian, hembuskan nafas semasa kaki dinaikkan dan jika boleh tahan kaki awak untuk beberapa saat, dan tarik nafas semasa menurunkan kaki ke posisi permulaan.
Ulang semula pergerakan beberapa kali mengikut repetitions yang diperlukan.

Tips yang terbaik :
1. Jangan menahan nafas.
2. Lakukan senaman dengan perlahan-lahan (slow and steady).
3. Awak juga boleh bengkok kan sedikit lutut semasa mengangkat kaki ke atas.

Cikdewi akan update lagi tips kesihatan untuk semua. Harap entri kali ni membantu.

No comments:

Post a Comment