Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Alhamdulillah, sekali lagi Allah mengizinkan cikdewi berkongsi info lagi dengan awak semua !
Sepanjang minggu lepas cikdewi sangat sibuk dengan latihan futsal yang akan berlangsung di Penang. Mula-mula macam teruja sangat-sangat, kami pun dah prepare dengan training walaupun nak kumpulkan team yang datang dari jauh macam dari Muar tu kan. By the way, kami wakil untuk Fisioterapi negeri Johor memang berkobar nak buat yang terbaik.
Latihan dilakukan setiap hujung minggu sama ada pagi atau petang, bergantunglah pada mereka yang datang dari jauh tu. Biasanya kami akan training sejam atau sejam lebih lah, mulakan dengan warm up dan latihan sepak bola, pass bola dan menjaringkan gol. Dalam masa sejam sahaja, berapa banyak kalori akan di bakar. Sebab tu cikdewi selalu sangat cadangkan supaya awak semua libatkan diri dengan sukan-sukan yang banyak bergerak sepert ini, kerana banyak kalori yang dapat dibakar dalam satu masa.
Ok, kami bergerak ke Penang pada khamis malam selepas isyak, maklumlah di Johor, hari jumaat cuti, jadi kami pun bergerak pada khamis malam tu.
Sampai di Permatang Pauh pada keesokan harinya, game mula pada hari sabtu, kami pun apa lagi, alang-alang dah sampai berjalan sakan lah sampai penat.

Kami ke Penang Street Art yang memang agak besar, berjalan semata-mata untuk ambil gambar yang unik pada dinding-dinding yang dilukis dengan pelbagai design grafik. Memang menang berjalan je lah, walaupun panas dan memang terasa penat dia sampai melecet kaki kami semua. mau tidaknya, dah macam walkathon dah jalan kat Street Art ni pakai selipar dan sandal pulak tu masing-masing.
Kalau awak semua nak tahu, dengan berjalan saja mampu membakar 200-300 kalori dalam masa sejam. Kami berjalan pun lebih kurang sejam lebih juga lah.
Penat dia, kami je lah yang tanggung. hihi






Pada hari perlawanan, game memang non stop, gap masa kami hanya jarak satu perlawanan saja, kemudian kena masuk ke gelanggang semula. Jadi, selepas satu game, kami warm up dan stretching, kemudian masuk semula ke gelanggang sehingga lah kami layak ke semi final dan akhirnya ke final. Untuk makluman, warm up dan stretching penting dilakukan sebelum sesuatu perlawanan untuk mengelakkan kecederaan pada otot ataupun ligament. Sekurang-kurangnya kita ada prevention lah sikit kan. hihi




Final, kami berjumpa dengan pasukan dari Melaka, permainan agak sengit sikit sebab payah betul nak gol. Memang rasa seronok, tapi penat sebabnya kami main di gelanggang Fifa yang paling besar tu. Huh ~~
Tapi macam mana pun, sampai habis masa, kami seri 0-0. Lastly, memang penalti lah jawabnya. Macam manapun, pasukan Melaka yang menang, mungkin bukan rezeki Johor untuk menang kali ni, apa-apa pun kami kalah bermaruah dan game sangat memuaskan. Alhamdulillah, perlawanan kali ni memang puas hati yang penting dapat tebus semula kekalahan yang lepas yang tak masuk akal. Eh ?




Cikdewi cuma nak kongsikan pengalaman cikdewi je. Macam mana pun, harap awak semua boleh manfaatkan apa yang cikdewi ada bagitahu info di atas tadi ye. peace !
Stay active and be healthy !
bag legend dewi masih ada.hehe.. sorry farah xdpt p penang jumpa korg.da keja..
ReplyDeletehihi ..
Deleteits ok farah ..da cukup setahun baru reply ..maaf2
owhh datang permatang pauh ae.saya org permtang pauh.sja blogwalking blog cikdewi yg bnyk dgn info yang bagus.
ReplyDeleteterima kasih =)
Delete