Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernah tak awak semua mengalami masalah di mana awak dah lakukan senaman, diet dan amalkan gaya hidup sihat, tetapi berat badan masih juga tidak turun? Malah, lebih teruk lagi ada yang bertambah berat badan dari berat yang asal.
Bagaimanapun, ada segelintir dari kita berjaya mengatasi masalah tersebut dengan jayanya, dan ada pula yang tidak. Ada beberapa perkara yang awak-awak perlu tahu mengapa berat badan tidak mahu turun dan apakah punca-puncanya.
1. ANDA TIDAK MINUM AIR SECUKUPNYA.
Beberapa kajian menyatakan bahawa minum air yang sejuk boleh membantu mempercepatkan metabolisma dan membantutkan rasa ingin minum air yang bergula seperti soda dan jus (air kotak). Sekarang, inilah sebab mengapa awak perlu minum air !
2. ANDA MERASAKAN CUKUP DENGAN SEKADAR BERJALAN.
Awak semua perlu keluar dari zon selesa, dan lakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman kardio seperti berlari atau pun berenang.
3. TERLEBIH MAKAN MAKANAN YANG SIHAT.
Kekacang, avocado, pasta, minyak zaitun, dan juga dark chocolate sememangnya makanan yang natural dan sihat. Namun, mereka juga mempunyai kalori dan perlu di jaga untuk setiap pengambilannya walaupun ianya makanan sihat.
4. ANDA HANYA LAKUKAN KARDIO
Senaman kekuatan bukan saja untuk mengelakkan kecederaan pada sendi, ia juga mampu menguatkan otot dan meningkatkan kadar metabolic.
5. ANDA LAKUKAN SENAMAN DENGAN PERUT YANG KOSONG.
Jika awak semua biasa lakukan senaman dengan perut yang kosong. Sila rujuk semula, kerana kajian menyatakan jika senaman dilakukan dengan perut yang kosong, kalori yang di bakar di ambil dari otot dan bukan lemak.
6. PARTNER ANDA BUKAN PENGAMAL GAYA HIDUP SIHAT.
7. TINGGALKAN KESEMUA KUMPULAN MAKANAN.
Tinggalkan karbohidrat dan fokus dengan bijirin, tetapi harus diingatkan kawal portion dalam pengambilan makanan.
8. ANDA TIDAK CUKUP TIDUR.
9. ANDA TIDAK CUKUP MAKAN SAYUR-SAYURAN.
10. ANDA MAKAN SAMBIL BERDIRI.
11. ANDA MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU BESAR.
12. ANDA SEDANG BERDIET. JADI, ...
13. ANDA GEMARKAN PERASA TAMBAHAN DAN TOPPING.
Salad adalah salah satu makanan yang sihat yang awak boleh amalkan, akan tetapi bila awak tambahkan makanan-makanan seperti mayonis, keju, kekacang, buah-buahan kering dan sebagainya. Awak akan menambahkan lagi kalori yang sedia ada.
14. ANDA TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.
Perlu diingatkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi kebiasaannya akan mudah mengurangkan berat badan.
15. TIDAK PRAKTIKKAN MENGAWAL PORTION MAKANAN.
Belajar untuk mengukur cawan dan sudu dengan tangan untuk memastikan awak semua mengambil saiz hidangan yang betul. Belajar bagaimana untuk memberikan signal "i'm full' pada badan awak semua, untuk meletakkan sudu dan garfu awak pada masanya dan terus memulakan hari awak-awak semua.
16. ANDA MAKAN TANPA BERFIKIR.
17. ANDA TIDAK 'cut' PEMAKANAN ANDA
18. ANDA MASIH LAGI MENGAMBIL MINUMAN MANIS.
19. ANDA MENYEKAT MAKAN.
20. ANDA TERLEBIH AMBIL MAKANAN RENDAH LEMAK.
21. ANDA MENGAMBIL MAKANAN YANG SALAH SELEPAS WORKOUT.
Mungkin antara 21 sebab di atas ada kaitan dengan awak-awak kat luar tu. Macam mana pun, cikdewi harap awak semua dapat mengubah cara diet awak semua. Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, perlulah lakukan dengan cara yang betul.
Macam mana pun, cikdewi berharap dapat memberikan info yang dapat membantu awak semua. Insha Allah.
No comments:
Post a Comment