Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni, cikdewi nak berkongsi sedikit tips yang cikdewi pasti semua orang akan suka. Bagaimana nak hilangkan selulit yang ada ni ?
Tahukah awak semua, yang selulit ni bukan mudah nak hilang ia ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk kita nampak hasilnya. Oleh itu, apa yang awak semua perlu lakukan adalah dengan cara ini ....
1. Berus kulit anda dengan kerap.
Hanya dengan memberus kering kulit awak tu dengan berus badan yang akan membuang sel kulit mati secara semulajadi. Mulakan dari tapak kaki dan berus secara bulatan dan perlahan-lahan naik ke atas anggota badan yang lain. Lakukan dengan perlahan dan dengan pusingan bulatan.
2. Urutan anti-selulit.
Urutan dengan minyak bijan yang dicampur dengan campuran herba dan garam haruslah dilakukan dengan sesi 'steam' atau sauna. Cara ini mampu membuang toksik dan memperbaiki perjalanan darah dengan lancar. Urutan yang betul mampu memberikan kesan selepas 2-3 kali sesi urutan.
3. Skrub dengan kopi.
Campurkan serbuk kopi dengan air panas dan urutkan secara bulatan pada bahagian kaki dan perut selama 10 minit dua kali seminggu, kemudian mandi seperti biasa. Apabila selesai, sapukan minyak kelapa agar kulit tidak kering.
4. Bersihkan dalaman anda dengan Jus Lemon.
Hanya tambahkan 1 sudu cayenne pepper ke dalam jus lemon. Jadikan ianya fresh. Jangan lupa untuk mengamalkan minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8-12 cawan untuk mengelakkan sakit ulu hati mahupun acidity.
5. Diet Anti-selulit
Amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih, tambahkan halia yang lebih, kayu manis, dan black pepper dalam diet awak ye.
6. Jangan memakai pakaian yang ketat.
Pakai pakaian yang sedikit longgar untuk membantu peredaran darah yang bagus.
7. Senaman = Kardio + Kekuatan + Regangan
Senaman 45 minit dalam 3 kali seminggu, termasuk kombinasi rutin kardio dan senaman kekuatan boleh memberikan result yang awak inginkan. Termasuk squat dan lunges adalah yang paling terbaik dalam rutin senaman awak. Lakukan crunches, leg raises, calf raises, half squat, dan sebagainya mampu membantu awak semua untuk menyingkirkan selulit.
Awak semua adalah digalakkan untuk mengikut tips-tips di atas ataupun lakukan mana yang boleh dan mudah pada awak semua. Namun, apa pun cikdewi nak highlight kan yang senaman, awak semua memang tak boleh skip ok. Macam yang cikdewi pernah bagitahu, kalau dalam toilet pun cikdewi boleh buat half squat, tak kan awak tak boleh kan?
Hope dapat membantu..
No comments:
Post a Comment