a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 6 September 2015

Senaman Terbaik Untuk Hilangkan Lemak di Belakang Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari ini cikdewi akan berkongsi lagi tips-tips dan info yang berguna kepada awak semua.
Pernah tak rasa bila memakai pakaian dalam tu rasa ada bonggol kat belakang badan ?
Apakah sebabnya ?Pasti itu soalan yang bermain di fikiran awak semua kan ?
Sebenarnya itu ialah lemak kita sendiri yang berlebihan dan menyebabkan ianya timbul dibahagian belakang badan kita.

Jadi, macam mana nak kurangkan lemak tu ?
Baiklah, mari cikdewi cerita sikit macam mana caranya.



Mulakan dengan berjalan selama 30 minit, tak kira lah berjalan mahupun berjoging kemudian lakukan aktviti di bawah ini sekurang-kurangnya 2-3 set.

1. 10-15 reps Rowing exercise

2. 8-10 reps Lower Back Extension

3. 15-20 reps Russian Twist

4. 8-10 reps Bridges (tahan selama 10-15 saat)

5. 15-20 reps Leg Extensions

6. 10-15 reps Cat and Camels (tahan selama 5 saat untuk setiap gerakan)
*reps = ulangan

Ok, setakat ini, cubalah dulu senaman di atas ni. Sebenarnya senaman ni bolehlah awak semua lakukan selepas 2 atau 3 round jogging atau jalan-jalan kat taman tu kan. Lepas tu ulang je 2-3 set.
Apa-apa pun, semua ni terpulang pada diri awak semua kalau awak betul-betul mahu untuk tampil cantik dan sihat. Buang semua alasan, dan cari jalan !
Cikdewi harap dapat membantu lagi kali ni ..

No comments:

Post a Comment